Dec 10, 2010

Cemana sandwich dapat nama??


kalau korang suka makan sejenis menu yang simple iaitu daging dan sayur yang diapit roti a.k.a sandwich tu, korang pernah terfikir tak nape nama dia sandwich...? TARAAAA.....aku tahu jawapannya..

Nama Sandwich ini di amik sempena gelaran Earl of Sandwich diguna pakai oleh seorang lelaki inggeris, John Monague (1718-1792) beliau amat suke memakan potongan daging yang diapit dengan roti. Jadi kekal la sampai sekarang nama menu itu adalah sandwich..

- sumber : Harian Metro...

p/s : memula aku ingat asal dari nama pasir ke ape...coz sand kan sejenis pasir...keh3...

2 comments:

fa-in said...

hekhek..gtu rupe nye,bru ku tahu ;)

Budak Botak said...

he3, nice info... slalu dok mkn ja...