Jan 4, 2010

Mengkudu dan pegaga


Salam semua, arini saya cuti jadi balik kampung tengok nenek. So, jalan-jalan tepi rumah nenek ternampak la macam-macam jenis pokok dan binatang...seronok..rasa fresh!!

Jalan punya jalan, ternampak buah mengkudu.. saya pun snap la gambornye, pastu tgk kat bawah pulak ada pegaga kampung. Pegaga kampung ni memang bagus dari sudut kesihatan, saya pun snap jugak.

Mengkudu dan pegaga ni sangat bagus dibuat jus dan diminum, khasiatnye memang banyak. Kawan-kawan boleh dapatkan maklumat tentang khasiat kedua-duanya ini dari internet. Eceli malas nak taip panjang2.hehe...




Kepada yang sesiapa belum kenal buah mengkudu dan pegaga, lihatlah gambar tersebut,ok.. =)

Jan 3, 2010

kek coklat simple




Hari ni bangun pagi je rasa ceria, tak tahu kenape..tgk kat luar hujan, perut pulak rasa lapar tapi kene kemas rumah dulu, maklumlah time cuti je banyak masa lapang untuk kemas rumah dan cuci itu ini. Bila semua dah selesai, rasa nak buat kek coklat pulak sebab tgk dalam peti ais ada serbuk koko. lagipun dah lama tak buat kek coklat, selalu buat cheese kek je. Resepi saya ni simple tapi sedap. Jum try =D

BAHAN:

ADUNAN KEK
250 gm mentega
100 ml susu segar UHT
3 biji telor
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
setengah cawan serbuk koko

CARA MASAK:

1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2. Setelah kembang, masukkan telor sebiji demi sebiji.
3. Setelah sebati, masukkan susu segar UHT dan serbuk koko.
4. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan/loyang.
6. Panaskan ketuhar dalam 5 minit sebelum masukkan adunan kek. Tips ini bagi mengelakkan kek jadi bantut atau keras.
7. Bakar pada suhu 160 darjah celcius, menggunakan kepanasan atas bawah "both heater". Bakar selama 40 minit.

TOPPING

BAHAN:

3 sudu serbuk koko
2 sudu gula icing
setengah sudu mentega/marjerin
sedikit air

CARA-CARANYA:

1. Masukkan kesemua bahan dalam bekas tahan panas.
2. Masak secara "double boiling", iaitu bekas tahan panas yang mengandungi bahan untuk topping dimasukkan dalam periuk yang berisi air panas. Gunakan api kecil dan kacau bahan topping sehingga rasa dan kelihatan kilat dan licin.
3. Setelah siap, matikan api dan angkat bekas tahan panas lalu curahkan topping ke atas potongan kek coklat. Taburkan badam/gajus/walnut yang telah ditumbuk tadi. Sedia untuk di makan =)

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...!

Jan 2, 2010

spaghetti bolognese


Menu makan malam semalam, haa inilah dia my peberet menu spaghetti bolognese. semalam rasa teringin nak makan spaghetti, lepas tu tgk2 mmg ada sepeket lagi baki masa raya aritu. So, apelagi senyum riang la. Tangan pun terus pantas cincang itu ini..ok, disini saya kongsikan resepinya :

BAHAN :
1 peket spaghetti
1 tin tomato puree
1 kg daging hancur / cincang
1 tin cendawan butang (di hiris)
1 batang daun seleri (dihiris kasar, jgn telalu halus)
3 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji tomato (potong dadu)
1 batang lobak merah (potong dadu)
5 sudu cili boh/kisar
sedikit garam
sedikit mentega/marjerin

CARA MASAK:
1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih, kemudian masukkan spaghetti & sedikit mentega. Biarkan sehingga lembut. Setelah lembut, angkat dan toskan.

2. Daging di rebus dan airnya dijadikan stok.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tomato puree dan lobak merah. Tumis sehingga lobak separuh lembut. Masukkan sedikit air rebusan daging dan garam, kemudian kacau rata.

4. Setelah tumisan masak, masukkan tumisan dalam periuk rebusan daging dan gaul. Gunakan api sederhana, kemudian masukkan cendawan butang dan daun seleri. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan tomato. Biarkan dalam 20 minit. Jika terlalu pekat, tambah air mengikut keperluan.

5. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba =)