Dec 15, 2010

epok - epok ke karipap??


salam segar semua.....pagi2 hari ni perkara pertama yang terfikir mestilah mengisi perut a.k.a breakfast.. aku pun tak terkecuali..hiks~ jap lagi baru nak gi kantin cari bekpes. aku rasa teringin nak makan epok2 lak arini.. epok2 a.k.a karipap. biasa orang johor akan sebut karipap sebagai epok2..aku pun tak tau nape nama dia macam tu.. kalau ada sesapa yang tau bolehlah share2 info.

Aku ada satu kisah pasal epok2 nih, malam semalam aku gi kantin cam biasa, sambil berfikir2 menu apa yang best. pastu sampai kat kaunter order tu, akak tu tanya. "dik, nak makan ape?" aku dengan senang hati menjawab "bihun sup..." sejuk2 cam ni best lau makan mende panas. akak tu pun terus gi belakang jerit kat tukang masak dia. Sambil2 tunggu menu aku sampai, aku pun jenguk2 kat bekas2 kuih kat kaunter..dlm ati aku berkata "aik, ada epok2! tapi ni bile punye ek? semacam je aku tgk bentok epok2 nih.." tengah bermonolog, tetibe member aku menegur " oit, berangan ape tu??" haissh ....erm aku pun menjawab "takde, ni haa tgk epok2 ni. len macam je bentuk dan lentoknye...sekali tgk macam epok2 bulat tapi bile tgk dekat2 dah takde bentuk dah, macam jejemput pun ada ropenye...."... pastu member aku gelak je. "hahaha..nak beli ke??" huh, sengal tul, takkan la aku nk beli. semacam je bentuknye.. aku pun menjawab "takmo lah .. dah macam epok2 kene letusan merapi gamaknya..sadis tul performancenye, lenkali jela aku beli kamu wahai epok2" .....tak lama lepas tu menu aku pun sampai.. "dik, nak bayar sekali ke?" member aku pantas jawab " a'aah kira semua"... "ok, semua RM 11" ujar akak tu. .. sebelum aku meninggalkan kaunter, aku sempat menjeling kat cik epok2, erm...apelah nasib cik epok2 arini ..anda digoreng dengan begitu rupe sekali...sadis....tapi sayang aku terlupa nak amik gambonye...lau tak leh share dengan korang...haishhh~

the moral of story, janganlah membantutkan selera epok2 fan macam aku nih dek kerana performance yang kurang menarik...keciwa taw.... (@.@)


pesanan penaja : sila menggoreng epok2 dengan minyak yang betul2 panas bagi menjamin kesegarannya....huhuhuh...(^_^)!

Dec 11, 2010

jom kawen...eh..?!



balik keje jap lagi nih aku nak gi majlis kawen...so terasa nak dengar lagu maher zain ni..kepada mereka yang melangsungkan majlis kawen hari ni..selamat pengantin baru aku ucapkan...aku suke je gi majlis kawen orang..moga2 mendapat keberkatan dan tuan umah mesti suke coz kita datang memenuhi undangan..kan..kan..hehe

jum makan nasi minyak..choyy!

Dec 10, 2010

Cemana sandwich dapat nama??


kalau korang suka makan sejenis menu yang simple iaitu daging dan sayur yang diapit roti a.k.a sandwich tu, korang pernah terfikir tak nape nama dia sandwich...? TARAAAA.....aku tahu jawapannya..

Nama Sandwich ini di amik sempena gelaran Earl of Sandwich diguna pakai oleh seorang lelaki inggeris, John Monague (1718-1792) beliau amat suke memakan potongan daging yang diapit dengan roti. Jadi kekal la sampai sekarang nama menu itu adalah sandwich..

- sumber : Harian Metro...

p/s : memula aku ingat asal dari nama pasir ke ape...coz sand kan sejenis pasir...keh3...

Dec 9, 2010

oh BW a.k.a BLOGWALKING...fuhhhh!!

sejak dua tiga hari lepas aku banyak namapak shortform BW ni tapi tak pernah amik port pe mende tu..ingatkan tu adalah istilah2 bagi otai2 blogger...rupe2nya ringkasan bagi BLOGWALKING....choyy! rasa bengang sket sebab mende simple pun aku tak tahu...betul2 fresh dari ladang tul aku nih...by the way thx kawan2 blog kerana menyedarkan ku ke alam nyata...haha...maksudnya pasni akukene lebih amik tahu tentang shortform2 blogging nih....pasni aku nk semak la apa itu GA a.k.a GATEAWAY tapi pengetahun tentang apa itu GA is zero....... anybody can help me ???

Dec 8, 2010

hijrah 1432!!


pejam celik pejam celik..jap je dah tukar tahun baru hijrah...bila tahun baru cam biasa la orang tanya pasal azam baru la hajat baru lah...huuhuu..tapi mmg betul, aku setuju SETIAP orang pasang niat or azam baru untuk tetapkan hala tuju dia dalam tahun baru.. aku?? aku pun ada azam baru..nak tahu ke?? ishh segan lah..hehe . okla, azam aku simple je 1)nak dpt konfem cepat dlm perkhidmatan 2)kawen..! (mak aku da bising, aku tak kawen2 lagi..aku jawab, patah hati mak..hehe) aku doa untuk diri dan utk umat islam yang lain juga semoga tahun baru 1432hijrah ini memberi keberkatan untuk kita semua..choy!