Nov 22, 2010

every cloud has a silver lining....

aku tertarik dengan proverb english yang menarik ni "every cloud has a silver lining"...buat aku yg tak berapa pandai ni, aku suka sebut ulang2 sambil senyum sorang..hehe...memula tgk proverb ni aku terasa nak dongak ke langit, cari line kelabu, ye lah silver lining lah katakan. tapi takde pun yang ada cuma awan berkepul2, awan colomunimbus..cantek dan menarik.

Nak dijadikan cite, tahun ni syukur alhamdulilah ke hadrat ilahi kerana tahun 2010 ni aku dimurahkan rezeki dan dua pertiga daripada azam aku telah pun tercapai...amin, syukur sangat2. tapi dugaan memang besar dan aku tak sangka yang aku akan mendapat rezeki2 sekarang ni. sebab aku cuba sebaiknya untuk tidak buruk sangka pada Allah. almaklumlah aku ni kan manusia biasa cam korang gak, so lau jadi sesuatu yang tak best tu, memang rasa nak give up je dan sibuk menyalahkan itu ini, tanya mengapa kenapa terjadi dan macam2 lagi lah. silap-silap kalau kucing mengiau pun aku jeling...hoho rupa-rupanya memang betul setiap kejadian tu ada hikmahnya dan pepatah omputih tu memang tepat, every cloud has a silver lining.

so kepada kawan2, kalau di timpa musibah atau sedang dalam kedukaan, bersabarlah sesungguhnya anda sedang diuji dan setiap dugaan/ kesakitan itu menghapuskan dosa2 kecil....renung-renungkan dan selamat beramal...... =)