Jan 3, 2010

kek coklat simple




Hari ni bangun pagi je rasa ceria, tak tahu kenape..tgk kat luar hujan, perut pulak rasa lapar tapi kene kemas rumah dulu, maklumlah time cuti je banyak masa lapang untuk kemas rumah dan cuci itu ini. Bila semua dah selesai, rasa nak buat kek coklat pulak sebab tgk dalam peti ais ada serbuk koko. lagipun dah lama tak buat kek coklat, selalu buat cheese kek je. Resepi saya ni simple tapi sedap. Jum try =D

BAHAN:

ADUNAN KEK
250 gm mentega
100 ml susu segar UHT
3 biji telor
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
setengah cawan serbuk koko

CARA MASAK:

1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2. Setelah kembang, masukkan telor sebiji demi sebiji.
3. Setelah sebati, masukkan susu segar UHT dan serbuk koko.
4. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan/loyang.
6. Panaskan ketuhar dalam 5 minit sebelum masukkan adunan kek. Tips ini bagi mengelakkan kek jadi bantut atau keras.
7. Bakar pada suhu 160 darjah celcius, menggunakan kepanasan atas bawah "both heater". Bakar selama 40 minit.

TOPPING

BAHAN:

3 sudu serbuk koko
2 sudu gula icing
setengah sudu mentega/marjerin
sedikit air

CARA-CARANYA:

1. Masukkan kesemua bahan dalam bekas tahan panas.
2. Masak secara "double boiling", iaitu bekas tahan panas yang mengandungi bahan untuk topping dimasukkan dalam periuk yang berisi air panas. Gunakan api kecil dan kacau bahan topping sehingga rasa dan kelihatan kilat dan licin.
3. Setelah siap, matikan api dan angkat bekas tahan panas lalu curahkan topping ke atas potongan kek coklat. Taburkan badam/gajus/walnut yang telah ditumbuk tadi. Sedia untuk di makan =)

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...!

No comments: