Dec 31, 2009

Selamat tahun baru 2010 =)

arini 31 Disember 2009 merupakan penghujung tahun ialitu hari terakhir kita di tahun 2009..
segala yang kita telah lalui sama ada pengalaman yang indah, manis, pahit, masam , masin dan segalanya haruslah diabadikan sebagai kenangan dan pengajaran di hari muka =)
So, cemana dengan azam tahun 2009 kengkawan?? da tercapai atau belum? kepada yang telah tercapai azamnye tu..tahniah kepada anda...tetapi kpada yang masih belum tercapai lagi, boleh la berusaha di tahun depan ..hehe

cemana pulak dengan azam saya???
haaa...tahun 2009 ni banyak memberi satu anjakan paradigma kepada diri, pemikiran dan juga kerjaya saya. Pelbagai dugaan yang telah saya lalui sepanjang tahun 2009, panjang kalau nak diceritakan. Dari hal peribadi hingga ke perihal kerjaya...sangat UP and DOWN. tapi ingat, ALLAH itu maha adil dan maha mengasihani, jadi saya sentiasa motivate diri untuk mengingati-Nya selalu agar diri ni tak mudah lupa diri dan terlalu kecewa.

Bila difikirkan semula, mmg benar kata orang setiap dugaan pasti ada hikmahnye..saya telah melalui hal2 mcm tu. jadi bila perkara itu terjadi kat batang idung sendiri..barulah saya sedar akan hakikat kata2 itu..Oleh itu, saya nak kongsikan 3 tips yang saya telah amalkan untuk mengekalkan motivasi diri :

1. Setkan minda
sekiranya sebelum ini, anda seorang yang selalu rasa was-wasa bila nak lakukan sesuatu, maka buatlah perubahan begini, sebagai contoh anda mahu kumpul RM100 sebulan, jadi setkan dalam minda anda, bila aku dapat gaji mesti kena save RM 100 dulu. jadi bila kita selalu amalkan sikap begini kita akan jadi seorang yang lebih fokus dalam membuat sesuatu di samping dapat meningkatkan disiplin diri.

2. Tingkatkan hubungan dengan ALLAH (bagi yang beragama Islam)
sedarkah kawan2 bahawa setiap dugaan yang diberi itu adalah mengikut kemampuan kita untuk menghadapinye??? maka, ketahuilah semua manusia itu hebat kerana mampu mengatasi dugaan tersebut dan jadikan ia cabaran. tapi ada sesetengah orang tersilap fikir, bagi mereka dugaan itu adalah "dunia ini tidak adil". pemikiran macam ni yang kita perlu elakkan. Ketahuilah bahawa, lebih dekat diri kita dengan ALLAH, maka bahagia hidup kita.

3. Praktik
ok, sekarang dah setkan mida pastu da tingkatkan hubungan dengan Allah dengan cara tingkatkan amal jariah, so tibalah masanya kita praktikkan dalam kehidupan seharian. oleh itu, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.. selamat menyambut tahun baru..semoga tahun baru ini memberi nafas baru kepada kita semua...=)

No comments: