Dec 30, 2009

petua hilangkan parut..

memang ada banyak petua tentang cara hilangkan parut di badan...tapi setakat ni saya telah mencuba 2 petua yg serasi dgn badan saya...Saya memang gemarkan kampung2 style ni (kampung taste laa kata org) heheh.

1. BAHAN : ASAM JAWA, AIR
CARA : Ambil sedikit asam jawa (yg buat masak tu..) campurkan dengan sedikit air, jgn terlau cair dan jangan terlalu pekat lalu disapukan pada tempat yg ada parut. Biarkan sehingga ia kering sendiri dalam 15 - 30 minit. apabila dah kering, cucilah dengan air yg bersih.


2. BAHAN : BUAH CEKOR (buah kaler putih di bahagian bawah daun cekur), BEDAK SEJUK
CARA : Ambil buah cekur, ditumbuk sehingga lumat, kemudian campurkan dengan bedak sejuk.Gaul dan sapukan pada bahagian badan yg berparut tu. Muka pun boleh juga, untuk hilangkan kesan parut jerawat. Biarkan sehingga kering dalam 15 minit, lagi elok jika dibiarkan semalaman, kemudian cuci dengan air bersih.

**Sebelum ia mengering, mmg akan rasa pijar dan perit, tapi setelah kering takde rasa perit dah..ok je...lakukan sekerap mungkin sehingga parut anda tidak kelihata lagi :D

rajin2 la buat selalu..dan jangan lupa sambil gosok sambil berselawat, sambil merawat boleh tambah pahala..2 in 1..hehe...selamat mencuba!!

No comments: